Siapa Saya


Assalammualaikum!

Nama saya Muhamad Abdul Hay. Saya mempunyai pengalaman lebih daripada 13 tahun di dalam industri Kejuruteraan Perisian. Terlibat secara langsung di dalam penghasilan pelbagai aplikasi sistem daripada mobile apps sehinggalah ke aplikasi perbankan yang sedang digunapakai di Bank Negara dan seluruh bank-bank di Malaysia.

Sebagai seorang yang mendapat pendidikan formal di dalam bidang Kejuruteraan Perisian (Software Engineering) sehingga peringkat Sarjana di Centre for Advanced Software Engineering (CASE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2001, saya terpanggil untuk berkongsi pandangan, pengalaman, aspirasi serta impian terhadap perkembangan industri Kejuruteraan Perisian di Malaysia.

Saya mula menyentuh komputer ketika di sekolah rendah lagi sewaktu menyertai Kelab Komputer pada tahun 1988. Pada waktu itu, kami belajar bahasa pengaturcaraan Basic.

Saya mula mendalami ilmu komputer dengan lebih mendalam tahun 1996 ketika mengikuti kursus sarjana muda Sains Komputer di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, UTM, Skudai. Pada tahun akhir pengajian iaitu pada tahun 2000, saya telah memilih major Kejuruteraan Perisian (KP) di bawah pimpinan Prof. Dr. Safaai Deris. Pada tahun tersebut juga, saya telah terlibat secara aktif di dalam satu penyelidikan peringkat universiti (R&D) di bawah selian Dr. Yazid Bin Idris di dalam pembuatan sistem kawalan robot.  Pengalaman sebagai Research Assistant (RA) di dalam projek penyelidikan tersebut banyak membantu saya memahami dan mendalami cara-cara membuat sesuatu perisian dengan cara yang betul mengikut keperluan semasa pasaran.

Tajuk tesis Sarjana Muda saya adalah Simulasi Kawalan Peluru Berpandu Pemintas yang telah menjadi bualan hangat pada tahun 2000 di kalangan para pelajar tahun akhir.

Saya juga mempunyai seorang isteri yang juga mempunyai kelulusan di bidang Sains Komputer dan kini berkhidmat di salah satu syarikat IT yang terkenal di Kuala Lumpur. Beliau kini terlibat di dalam projek pembangunan salah satu laman portal utama kerajaan yang mempunyai lebih daripada 30 orang pengaturcara (programmers). Beliau juga telah banyak menghasilkan pelbagai sistem perisian yang kini digunakan oleh kerajaan negeri Johor dan Perak serta pihak Bank Negara.

Anak sulong saya juga berkebolehan untuk menulis aturcara mudah dengan menggunakan bahasa HTML, PHP dan Python!

Oh ya! Saya juga berkongsi tarikh lahir dengan Elizabeth Taylor.

No comments:

Post a Comment

Saya sangat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan daripada anda semua.

Dapatkan Deals Terbaru Di Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...