Friday 30 November 2012

DONE! Advanced PHP & MySQL Training @MINDEF

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

Kursus "Advanced PHP & MySQL" kepada para peserta daripada MINDEF telah berjaya dijalankan dengan jayanya di Wisma Pertahanan (MINDEF),  Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur selama 5 hari.





Tahniah diucapkan kepada para peserta kursus yang telah belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk menguasai bahasa pengaturcaraan PHP dengan lebih baik.

Antara topik yang telah diajar adalah:-

  1. Object-oriented with PHP
  2. Process XML with PHP
  3. Model-View-Controller (MVC) Design Pattern
  4. Secure Programming (MD5, Encryption & Decryption)
  5. AJAX with PHP
  6. Import data from MS Excel with PHP
Semoga kita dapat berjumpa lagi di kursus-kursus pengaturcaraan yang lain! 

PS: Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama. Tentera Darat programming power! Yeah!

Saturday 24 November 2012

Periksa tahap kelajuan webpage anda dengan Google PageSpeed Insight

Tahukah anda, kini anda boleh memeriksa kelajuan sesuatu website atau webpage tertentu dengan menggunakan tool terbaru daripada Google iaitu "PageSpeed Insights".

Tool tersebut boleh digunakan secara percuma di sini 

Google PageSpeed Insight Tool

Selamat menguji prestasi website masing-masing!

PS: Syarikat saya turut menyediakan perkhidmatan consultancy dan servis untuk custom web application performance testing. Hubungi saya di [juruteraperisian at gmail dot com] jika berminat.

PS: Note to developer:
The link are https://developers.google.com/speed/  ||  code.google.com/speed



Wednesday 7 November 2012

Jika Anda Online Setiap Hari, Pastikan Juga Anda BOLEH Menjana Wang Setiap Saat!

Adalah menjadi satu kesalahan jika anda setiap hari online tetapi tidak menjana wang setiap hari! - Mutiara kata 

 Program terbaru dan Pertama di Malaysia!
 Hanya dengan login sahaja boleh dapat wangDaftar Percuma.
Hadiah menarik lagi. Ada iPhone, DELL Laptop, Vivaz Sony Ericsson.
Jadi yang terawal. Saya telah berdaftar di sini




Monday 5 November 2012

Jurutera Perisian, WiFi dan ekonomi Malaysia

Sekarang, aku dan keluarga berada di McD Senai Airport sejak pukul 5 pagi untuk menunggu kepulangan Ayahanda & Bonda mertua pulang daripada Mekah.

Ya, kami sekeluarga sedang berinternet di sini sambil bersarapan pagi. Aku menulis blog ini melalui iPhone manakala anak-anak pula sedang bermain game di iPad. Isteriku pula sedang sibuk bekerja - membaca laporan dan menulis email di iPadnya.

Memandangkan aku yang memandu kereta daripada KL selama 5 jam tadi, aku bercadang untuk tidak bekerja pada ketika ini (sebab itu blog ini ditulis).

Oleh yang demikian, kemudahan WiFi secara tidak langsung sedikit sebanyak membantu kami sekeluarga untuk lebih produktif dan dengan itu dapat membantu pembangunan ekonomi negara.

PS: Jangan malas bekerja walau di mana jua anda berada.

Friday 2 November 2012

Industri Kejuruteraan Perisian di Malaysia

Pengenalan

Industri Kejuruteraan Perisian semakin berkembang di Malaysia sejak 25 tahun yang lalu. Bermula dengan penghantaran ramai anak Malaysia pada pertengahan tahun 1980-an ke universiti-universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Eropah telahpun menunjukkan hasilnya pada ketika ini.

Kini, kita boleh melihat begitu ramai pakar di dalam industri komputer yang diterajui oleh anak tempatan. Banyak juga aplikasi-aplikasi serta sistem yang telah berjaya dibangunkan serta digunapakai oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti di industri perbankan, kesihatan, petroleum, insuran, logistik dan pelbagai lagi.

Namun, adakah ini semua sudah mencukupi?

Dapatkah industri Kejuruteraan Perisian membantu negara Malaysia menjadi negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020? Jika "YA", dimanakah roadmap-nya? Siapakah yang akan memikul tanggungjawab tersebut? Dan apakah situasi semasa (yang sedang berlaku) terhadap industri Kejuruteraan Perisian di Malaysia? Apakah inovasi yang boleh dilakukan terhadap industri ini? Dapatkah industri ini mengharumkan nama Malaysia dengan pelbagai perisian yang inovatif dan kreatif? Siapakah peneraju utama di dalam bidang Kejuruteraan Perisian di Malaysia? Mampukah blog ini meledakkan semangat serta memberi inspirasi kepada jurutera-jurutera perisian (software engineer) dan pengaturcara (programmer) di Malaysia?

Itulah antara persoalan-persoalan yang saya ingin kongsikan di blog ini.

PS: Jangan lupa untuk melanggan (subscribe) newsletter blog ini untuk terus mendapatkan maklumat yang terbaru dan terkini mengenai industri Kejuruteraan Perisian di Malaysia.  


Dapatkan Deals Terbaru Di Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...