Friday 2 November 2012

Industri Kejuruteraan Perisian di Malaysia

Pengenalan

Industri Kejuruteraan Perisian semakin berkembang di Malaysia sejak 25 tahun yang lalu. Bermula dengan penghantaran ramai anak Malaysia pada pertengahan tahun 1980-an ke universiti-universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Eropah telahpun menunjukkan hasilnya pada ketika ini.

Kini, kita boleh melihat begitu ramai pakar di dalam industri komputer yang diterajui oleh anak tempatan. Banyak juga aplikasi-aplikasi serta sistem yang telah berjaya dibangunkan serta digunapakai oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti di industri perbankan, kesihatan, petroleum, insuran, logistik dan pelbagai lagi.

Namun, adakah ini semua sudah mencukupi?

Dapatkah industri Kejuruteraan Perisian membantu negara Malaysia menjadi negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020? Jika "YA", dimanakah roadmap-nya? Siapakah yang akan memikul tanggungjawab tersebut? Dan apakah situasi semasa (yang sedang berlaku) terhadap industri Kejuruteraan Perisian di Malaysia? Apakah inovasi yang boleh dilakukan terhadap industri ini? Dapatkah industri ini mengharumkan nama Malaysia dengan pelbagai perisian yang inovatif dan kreatif? Siapakah peneraju utama di dalam bidang Kejuruteraan Perisian di Malaysia? Mampukah blog ini meledakkan semangat serta memberi inspirasi kepada jurutera-jurutera perisian (software engineer) dan pengaturcara (programmer) di Malaysia?

Itulah antara persoalan-persoalan yang saya ingin kongsikan di blog ini.

PS: Jangan lupa untuk melanggan (subscribe) newsletter blog ini untuk terus mendapatkan maklumat yang terbaru dan terkini mengenai industri Kejuruteraan Perisian di Malaysia.  


No comments:

Post a Comment

Saya sangat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan daripada anda semua.

Dapatkan Deals Terbaru Di Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...